Welcome to Politeknik.com.my
Written by Web Master   
Saturday, 12 June 2004
Welcome to Politeknik Malaysia Portal. We are constantly updating the portal with polytechnic news and information. Register now to enjoy the services from our portal. Please be informed that we are not related to politeknik.edu.my.

POLITEKNIK


Politeknik ialah institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pengukhususan politeknik ialah dalam bidang tenologi dan pendidikan berteraskan vokasional. Istilah politeknik berasal dari perkataan yang bermaksud seni. Politeknik adalah institusi dimana pelajar akan diajar secara teori dan praktikal. Oleh itu pelajar politeknik mempunyai kelebihan apabila mereka hendak mencari kerja kerana telah mengetahui apa yang akan dilakukan semasa kerja. Kelayakan untuk memasuki politeknik ialah selepas pelajar mengambil peperiksaan SPM dan mempunyai pelepasan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik selalu dikaitkan dengan pelajar yang bersekolah di sekolah teknik dan vokasional ,akan tetapi pelajar sekolah dari sekolah harian biasa dan asrama penuh juga boleh memasuki politeknik. Kursus yang ditawarkan di politeknik adalah sijil dan diploma. Pelajar yang mengambil kursus sijil boleh meyambung balik pengajian untuk mengambil diploma di politeknik. Motif utama politeknik adalah untuk melahirkan model insan yang berguna pada agama dan Negara. Jika di universiti pelajar hanya didedahkan kepada teori sahaja dan hanya sedikit praktikal , di politeknik pelajar didedahkan kepada teori dan praktikal secara seimbang. Ini adalah merupakan kelebihan pelajar politeknik , contohnya seorang pelajar politeknik yang mengambil jurusan diploma kejuruteraan mekanikal memohon untuk mencari kerja di kilang mudah dapat mendapat kerja kerana pihak kilang tahu bahawa pelajar politeknik mempunyai asas terhadap sesuatu kerja.

POLITEKNIK DI MALAYSIA

Sehingga 2008 terdapat 27 buah politeknik di Malaysia. Ini bermaksud politeknik kini mendapat sambutan baik dari pelajar yang ingin menyambung pelajaran selepas peperiksaan SPM. Antara politeknik yang ternama dan selalu disebut ialah Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Ini adalah kerana politeknik ini telah lama dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Kebanyakkan nama sesebuah politeknik diambil bersempena nama tokoh ataupun nama tempat.Politeknik merupakan institusi pengajian yang semakin menjadi pilihan pelajar kerana kelebihan yang ada.
Last Updated ( Thursday, 11 September 2008 )
 

Polls

Vote for your favourite Politeknik
 

Who's Online

Login Form






Lost Password?
Register For Free now